fbpx
Ka Siong

‘MCA tidak pernah merajuk hentak-hentak kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – MCA bukan sebuah parti politik yang ibarat kanak-kanak kehilangan mainan dan berharap untuk mendapatkannya semula.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, MCA tidak pernah merayu untuk mendapatkan mainan (jawatan Kabinet) apatah merajuk hentak-hentak kaki.

“Sebaliknya apa yang kami tuntut hanyalah rasa hormat, layanan yang adil dan mengembalikan semangat Barisan Nasional (BN) serta prinsip asal penubuhan parti Perikatan sebelumnya.

“MCA akan terus menjadi sebuah parti yang bersuara demi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad Zahid bahawa sesetengah parti komponen BN ibarat kanak-kanak kehilangan mainan dan berharap untuk mendapatkannya semula.

Ka Siong berkata, MCA sebagai sebuah parti politik yang bertanggungjawab memantau dan memperjuangkan ketelusan dasar kemasukan pelajar ke universiti.

Kata beliau, parti itu mahu memastikan semua pelajar cemerlang dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang pilihan dan terus kekal di Malaysia.

Kata beliau, pada masa yang sama, MCA menyuarakan isu-isu utama yang memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat seperti Rang Undang-Undang Akta Pembaharuan Semula Bandar dan subsidi gas petroleum cecair.

Justeru, beliau menyeru semua ahli MCA supaya berani bersuara demi rakyat, aktif berkhidmat kepada masyarakat dan berusaha meraih kepercayaan serta sokongan pengundi.

“Agar MCA dapat mengembalikan zaman kegemilangan suatu ketika dahulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI