fbpx
Tangkap layar video menunjukkan Nina diusung oleh penduduk tempatan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Tompobulu. - Metro TV

Jalan rosak, wanita jalan kaki 7 kilometer selepas bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Maros, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian orang ramai apabila terpaksa berjalan sejauh 7 kilometer untuk pulang ke rumah selepas bersalin, lapor portal berita Metro TV hari ini. 

Wanita tersebut dikenali sebagai Nina dan berusia 21 tahun. Dia melahirkan seorang bayi lelaki di Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Tompobulu. 

Selain terpaksa berjalan kaki, Nina pada awalnya diusung oleh penduduk tempatan pada jarak sama untuk bersalin di pusat kesihatan tersebut. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan warga setempat mengusung wanita terbabit menggunakan pengusung yang diperbuat daripada batang buluh. 

Penghulu Desa Bontosomba dikenali sebagai Suarman berkata, kejadian itu kerap dialami penduduk tempatan kerana  jalan  rosak selama berpuluh-puluh tahun. 

“Kami terpaksa mengusung setiap orang yang sakit atau hendak bersalin. Jalan itu rosak selama berpuluh-puluh tahun dan tiada tindakan daripada  pemerintah,” kata Suarman. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI