fbpx
Armizan ketika sidang media pengumuman SHMMP Deepavali 2025 di Kota Kinabalu. -FOTO IVAN AMIRUL

Daging kambing biri-biri, 9 barangan kawalan sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) berkuat kuasa pada 16 hingga 22 Oktober ini sempena perayaan Deepavali.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, tempoh pelaksanaan selama tujuh hari itu bermula empat hari sebelum perayaan, pada hari perayaan dan dua hari selepas perayaan.

Katanya, sebanyak sembilan barangan akan dikawal di bawah skim tersebut berbanding lapan barangan pada tahun lalu.

“Jenis barangan yang ditambah tahun ini ialah bawang merah kecil India. Barangan lain yang terlibat ialah daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, bawang merah kecil India (Ros), bawang merah besar import, kacang dal (Australia), kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja) dan kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja).

“Pelaksanaan SHMMP Deepavali 2025 kali ini bersesuaian mengikut keadaan semasa bagi mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

“Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang lama, ” katanya dalam sidang akhbar di hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI