fbpx
CapitaPlus menghubungkan pengalaman membeli-belah fizikal dan digital dalam platform mesra mudah alih yang intuitif.

CapitaLand perkenal hab digital pelbagai ganjaran CapitaPlus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengurus aset global, CapitaLand Investment (CLI) melancarkan hab digital pelbagai ganjaran CapitaPlus bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah di seluruh rangkaian pusat beli-belahnya di Malaysia.

Pengarah Urusan, CapitaLand Investment (Malaysia), Selina Ng berkata, dilancarkan pada 3 Oktober lalu, CapitaPlus menekankan komitmen CLI terhadap inovasi digital, amalan mampan dan strategi runcit ampuh untuk memenuhi keperluan pasaran yang semakin berkembang.

Beliau berkata, CapitaPlus juga menghubungkan pengalaman membeli-belah fizikal dan digital dalam platform mesra mudah alih yang intuitif.

“Menawarkan pengalaman runcit tanpa halangan adalah penting untuk menghubungkan pelanggan dengan peruncit kami.

“CapitaPlus merealisasikan visi ini, mencerminkan kecekapan CLI dalam mengadaptasi pendekatan digital-first yang bukan sahaja mempertingkat perjalanan pelanggan, tetapi juga menambah nilai kepada rakan niaga runcit kami serta memupuk ekosistem runcit yang mampan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan boleh mendaftar secara percuma, membeli-belah di mana-mana pusat beli-belah CapitaLand yang mengambil bahagian.

Selina berkata, CapitaPlus boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui laman web khas serta antara aplikasi mesra mudah alih yang menyampaikan pengalaman membeli-belah yang lancar dan menarik untuk pengguna.

“Pelancaran pengalaman digital baharu ini menandakan satu pencapaian penting, serentak dengan ulang tahun ke-25 Kumpulan CapitaLand (CapitaLand) pada 2025.

“Sejak penubuhannya pada 2000, CapitaLand berada di barisan hadapan inovasi dan secara konsisten memanfaatkan transformasi digital untuk meningkatkan kecekapan operasi serta mewujudkan pengalaman membeli-belah yang lebih lancar dan bermakna bagi pelanggan serta peruncitnya,” katanya.

Dalam pada itu katanya, bermula Oktober, pelanggan boleh mendaftar secara percuma, membeli-belah di mana-mana pusat beli-belah CapitaLand yang mengambil bahagian, dan memuat naik resit untuk membuka pelbagai ganjaran secara serta-merta, termasuk e-baucar dan promosi eksklusif.

“Dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang, CapitaPlus akan terus memperluas cirinya dengan menawarkan penyertaan automatik untuk cabutan bertuah, keistimewaan tambahan untuk ahli Kids’ Club dan pelancong, serta rebat parkir dan rebat pembelian.

“Dengan beralih kepada penebusan digital, platform ini meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong matlamat kelestarian CLI dengan mengurangkan penggunaan kertas,” katanya.

Menawarkan pengalaman runcit tanpa halangan adalah penting untuk menghubungkan pelanggan dengan peruncit.

Selain itu, bagi rakan kongsi runcit, CapitaPlus adalah instrumen yang hebat.

“Melalui e-baucar, kempen tersasar dan data membeli-belah semasa, platform ini mampu merangsang jualan dalam kedai dan mengukuhkan interaksi antara pelanggan dan peruncit.

“Ia mengubah hubungan sewaan tradisional kepada perkongsian dinamik berasaskan data yang membolehkan peruncit berkembang dalam pasaran yang sangat kompetitif,” katanya.

Jelasnya, dari segi inovasi digital, pelancaran CapitaPlus menandakan langkah penting dalam strategi runcit CLI di Malaysia.

“Dengan peralihan daripada penebusan fizikal kepada digital, platform ini mengurangkan pembaziran kertas, memperkemas operasi dan mengukuhkan komitmen CLI terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Lonjakan digital ini meletakkan CLI sebagai peneraju dalam membentuk masa depan runcit, di mana kemudahan, komuniti dan kelestarian bergerak seiringan,” katanya.

Pembeli yang mendaftar CapitaPlus dan menyertai kempen “Top Spender Takes Off with ASEAN Explorer Pass” berpeluang memenangi AirAsia ASEAN Explorer Pass.

Katanya, bagi meraikan pelancaran CapitaPlus, CLI akan memberi ganjaran kepada ahli dengan pembelajaran tertinggi dengan pengalaman perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

“Dari 3 Oktober hingga 2 November depan, pembeli yang mendaftar CapitaPlus dan menyertai kempen “Top Spender Takes Off with ASEAN Explorer Pass” berpeluang memenangi AirAsia ASEAN Explorer Pass, yang menawarkan penerbangan tanpa had ke seluruh ASEAN selama setahun.

“Tujuh pembeli tertinggi di setiap pusat beli-belah yang mengambil bahagian akan diumumkan sebagai pemenang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI