fbpx
HOJLUND (kanan) terus menunjukkan prestasi cemerlang apabila kali ini meledak satu gol buat Denmark menentang Greece awal pagi tadi - AFP

Bintang buangan United terus bersinar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

COPENHAGEN – Denmark berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi Kumpulan C kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Greece 3-1 dalam aksi di Stadium Parken, awal pagi tadi.

Pada perlawanan itu, Denmark tidak mempunyai masalah untuk menang hasil penyudah Rasmus Hojlund, Joachim Andersen dan Mikkel Damsgaard untuk memastikan pasukan gah di kedudukan pendahulu dengan 10 mata.

Pemain tengah Denmark, Morten Hjulmand mengakui pasukannya bernasib baik untuk menang selepas pelawat memberikan tentangan yang cukup sengit terutama pada babak kedua.

“Saya rasa kami tidak bermain dengan baik hari ini tetapi kita masih mendapat tiga mata dan itulah yang paling penting. Pujian wajar diberikan kepada Greece yang memberi tentangan sengit sepanjang perlawanan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Denmark, Brian Riemer mengakui tidak terkejut apabila melihat penyerang utama, Hojlund kembali menemui sentuhan penyudah selepas tampil cukup konsisten bersama kelab Napoli, musim ini.

“Saya rasa Hojlund lebih sesuai beraksi dalam saingan Serie A. Namun, dia juga ada kualiti untuk menyerlah dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Cuma, dia tidak dapat pasukan yang sesuai di EPL (Manchester United) kerana gagal memberikan dia umpanan yang tepat setiap kali beraksi,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI