KUALA NERUS – Prof. Dr. Mohd. Afandi Saleh yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) menyatakan menerima layanan teruk sewaktu berada dalam tahanan Tentera Pertahanan Israel (IDF) kepada keluarganya. Anaknya, Adam Afandi, 20, berkata, bapanya memberitahu, diperlakukan jauh lebih kejam berbanding pengalaman kali pertama ditahan rejim Zionis pada tahun 2018. “Baba (Afandi) menghubungi umi (ibu) menggunakan telefon bimbit orang lain sejurus tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye, malam tadi (kelmarin). “Katanya pengalaman berada dalam tahanan tentera……