fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, angin kencang landa enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pagi ini mengeluarkan amaran ribut petir di enam buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku hingga 10 pagi nanti.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Terengganu melibatkan daerah Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson, Rembau dan Tampin,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN