fbpx
Tangkap layar video menunjukkan guru itu menendang wajah anak muridnya di dalam kelas. - TikTok

Guru tendang muka murid disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang guru lelaki di Tanggamus, wilayah Lampung menerima kecaman orang ramai selepas dirakam menendang wajah anak muridnya, lapor portal berita Metro TV. 

Kejadian dirakam di Madrasah Tsanawiyah Mathla’ul Anwar Landbaw baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radarpena menunjukkan guru terbabit memanggil seorang murid lelaki untuk duduk sebelum menendang wajahnya. 

Beberapa sumber melaporkan bahawa mangsa turut ditampar dan dipukul. 

Pemangku Ketua Pejabat Pendidikan Tanggamus, Rahman mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas guru tersebut. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial. 

“Guru seperti itu perlu dipecat!” kata seorang netizen. 

“Kalau murid itu bersalah, jangan sampai ditendang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI