NARATHIWAT, THAILAND – Penemuan darah di dalam trak pikap yang digunakan sekumpulan penjenayah ketika merompak kedai emas di Sungai Golok di sini, Ahad lalu, membongkar identiti lima daripada 10 suspek terlibat. Polis mengenal pasti lima suspek terbabit yang juga lelaki warga Thailand selepas melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas darah itu. Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, lima individu terbabit ialah Muhammad Nasai Jeyo, Bakri Samea, Suhaiming Awanu, Mahama Romsee Jehteh dan Saifuddin Yusoh.…