fbpx
Luqman (kiri) meninjau hasil padi tuaian pertama di kawasan bendang Kampung Gunong, Bachok hari ini. Foto oleh TOREK SULONG / KOSMO!

RMK-13: 18 projek naik taraf infrastruktur air sektor pertanian di bawah Kada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BACHOK – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bakal melaksana sebanyak 18 projek menaik taraf infrastruktur air dalam sektor pertanian di seluruh negara dengan peruntukan RM400 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Luqman Ahmad berkata, langkah itu diambil bagi mengatasi masalah asas membabitkan kekurangan bekalan air yang sering menjejaskan kualiti dan produktiviti hasil tanaman khususnya dalam kalangan pesawah.

Menurutnya, masalah paling besar yang dihadapi oleh petani adalah berkaitan kemudahan infrastruktur air selain input pertanian seperti baja dan racun sebagaimana rekod, kajian dan pemantauan di lapangan.

“Menerusi RMK-13, kita mempunyai lima kitaran peruntukan dan akan ada projek khusus setiap tahun bagi meningkatkan keupayaan infrastruktur air berfokuskan matlamat pengeluaran hasil yang berkualiti.

“Peruntukan yang disalurkan kerajaan digunakan sebaik mungkin untuk pembangunan prasarana pertanian yang menjurus kepada peningkatan pendapatan petani,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Penuaian Padi Kawasan Bachok di Kampung Gunong, di sini semalam yang turut dihadiri Pengurus Besar Kada, Mohd. Faizul Mustafa.

Mengulas lanjut, Luqman memberitahu, projek utama yang telah diluluskan antaranya pembinaan Stesen Pam Kasa II di Pasir Mas dekat sini di bawah seliaan Kada dengan kos RM28 juta.

Menurutnya, sebanyak 17 lagi projek di bawah Kada akan diperinci dalam mesyuarat esok kerana isu air menjadi fokus utama kerajaan bagi memastikan petani dapat meningkatkan hasil pengeluaran negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI