BAU – Seorang remaja lelaki dicekup kerana disyaki merogol adik kandungnya.
Ketua Polis Daerah Bau Superintendan Mohd Haide A. Rahman berkata, tangkapan ke atas suspek berusia 16 tahun itu dibuat sejurus selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital yang merawat mangsa.
“Sehubungan itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau telah menangkap suspek di sebuah rumah di Jalan Tasik Biru yang disyaki merogol adik kandungnya sendiri berumur 15 tahun,” katanya dalam kenyataan.
Justeru, katanya satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.- KOSMO! ONLINE