fbpx
GAKPO berjaya menyempurnakan dua sepakan penalti ketika membantu Belanda membenam cabaran Malta awal pagi semalam. - AFP

Kelayakan Piala Dunia: Belanda hampiri pusingan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TA’QALI – Ketua Jurulatih Belanda, Ronald Koeman yakin pasukan itu semakin hampir untuk melangkah ke Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Malta 4-0 pada aksi kelayakan di Stadium Nasional Ta’Qali awal pagi semalam.

Dua gol menerusi sepakan penalti Cody Gakpo selain masing-masing satu gol jaringan Tijani Reijnders dan Memphis Depay menyaksikan Belanda terus mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Kumpulan G dengan 13 mata.

Koeman berkata, beliau gembira dengan kemenangan tersebut tetapi masih belum boleh menarik nafas lega biarpun Belanda berada dalam situasi cukup baik untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia.

“Apa yang bagus adalah kami menang dengan jaringan cukup besar 4-0. Sebenarnya, kami boleh melakukan lebih baik, tetapi saya tetap gembira kerana berjaya memastikan kemenangan hari ini (semalam).

“Kami memulakan perlawanan dengan cukup positif walaupun ada satu ketika kami memberikan mereka peluang untuk menjaringkan gol. Apa yang boleh saya katakan, kami berjaya menyelesaikan tugas,” katanya.

Sementara itu, Gakpo pula menjadi pemain Belanda pertama menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti sejak kali terakhir dilakukan Rob Rensenbrink ketika menentang Iran pada Piala Dunia 1978.

“Saya dibenarkan mengambil sepakan penalti kerana Memphis (Depay) tidak berada di atas padang ketika itu. Saya pernah gagal sekali menyepak masuk sepakan penalti ketika bersama PSV Eindhoven,” ujar Gakpo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI