fbpx
Poster yang dimuatnaik Perdana Menteri di laman sosial beliau hari ini.

Anwar rakam penghargaan kepada Turkiye bantu 9 sukarelawan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Sembilan lagi wira dan wirawati negara yang terlibat dalam misi kemanusiaan dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Türkiye, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ketibaan kumpulan itu disambut dengan penuh kesyukuran dan jentera kerajaan di bawah Kementerian Luar Negeri akan memastikan proses membawa mereka pulang ke tanah air berjalan lancar dalam masa terdekat.

“Syukur ke hadrat Allah SWT, sembilan lagi wira dan wirawati kita selamat tiba di Istanbul.

“Jentera kerajaan di bawah kendalian Wisma Putra akan memastikan kelancaran proses membawa mereka kembali ke Malaysia.

“Penghargaan saya kepada Kerajaan Türkiye yang membantu memudahkan urusan ini,” katanya dalam satu kenyataan di laman media sosialnya hari ini.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Türkiye atas bantuan dan kerjasama yang diberikan bagi memudahkan urusan kepulangan rakyat Malaysia itu.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI