BANGKOK – Sebuah syarikat di Thailand memecat seorang pekerjanya selepas dia dirakam menendang seekor kucing, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Pemecatan dibuat selepas rakaman video kejadian itu tular dan mencetuskan kemarahan orang ramai.
Lelaki itu juga dijadualkan hadir ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan.
Pekerja lelaki itu bekerja di sebuah syarikat kecantikan di Don Mueang, Bangkok.
Klip video tersebut memperlihatkan lelaki itu merakam dirinya melakukan tendangan kuat yang menyebabkan kucing berkenaan terpelanting.
Video itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang menyeru dia segera dihadapkan ke muka pengadilan. – AGENSI