PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menerusi satu kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga 6 petang ini.
“Antara kawasan yang terlibat ialah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Kedah manakala seluruh negeri Pulau Pinang dan Perak.
“Turut terkesan adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub, Pahang manakala Sabak Bernam dan Hulu Selangor di Selangor,” ujarnya.
Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah dan Kapit (Song) di Sarawak juga menerima cuaca buruk sama,
Sementara di Sabah, kawasan terlibat adalah di Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE