BESUT – Kehidupan kira-kira 500 penduduk yang mendiami taman perumahan di Seberang Jerteh di sini, berubah seketika akibat gangguan bekalan air bersih sejak lebih sebulan lalu. Lebih membimbangkan apabila gangguan yang berpunca daripada tekanan rendah itu menyebabkan penduduk yang mendiami Perumahan Awam Pelagat 3 dan Taman Durian Bongkok di sini terpaksa berdepan dengan isu catuan air. Seorang penduduk, Ruzmi Yasin, 62, mendakwa, bekalan air bersih di rumah mereka kerap terputus sehingga mengganggu rutin seharian. “Bekalan air telah dicatu dan biasanya……