KEBELAKANGAN ini, anak-anak rajin mengajak saya untuk membawa mereka turun memancing. Mungkin disebabkan mereka teringin merasai sendiri pengalaman itu setelah kerap melihat gambar saya bersama ikan. Lokasi yang saya tujui adalah satu lombong di Tanjung Tualang, Perak kerana terdapat banyak ikan yang boleh dipancing dasar seperti lampam, patin, rohu dan sebagainya. Umpan-umpan yang saya gunakan adalah dedak, palet, roti dan cacing. Ikan pertama Sekitar pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak dan singgah makan dahulu sebelum ke lokasi memancing. Perjalanan ke……