fbpx
LATIF memasang impian lebih besar dengan mencipta pencapaian jarak 8 meter pada kejohanan selepas ini.

Latif impi cipta sejarah lompat 8 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUH lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly tidak mahu terlalu lama dibuai kejayaan selepas menambah satu lagi koleksi emas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2025 di New Delhi minggu lalu, sebaliknya kini memburu misi baharu iaitu menembusi jarak keramat 8 meter (m).

Atlet kelahiran Perlis itu muncul juara dunia dalam acara T20 (kecacatan intelektual) dengan catatan 7.67 meter, sekali gus memecahkan rekod dunia miliknya sendiri (7.64m) yang dilakukan di Sukan Para Asia Jakarta 2018.

Namun, bagi Latif kejayaan itu bukan noktah perjalanan kariernya selepas mengakui masih mempunyai banyak yang boleh ditawarkan kepada skuad para kebangsaan biarpun berdepan risiko kecederaan dan peningkatan usia.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur sebab berjaya menebus kekecewaan tahun lepas. Tahun ini bukan mudah, saya alami dua kecederaan lutut kiri dan kanan, tapi tetap berjuang untuk kembali pada prestasi terbaik,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Mengulas perancangan seterusnya, Latif berkata fokusnya kini ialah mempertahankan pingat emas di Sukan Para Asia dan mencabar dirinya untuk mencapai sasaran lompatan 8m yang menjadi impian sejak sekian lama.

“Fokus saya memang untuk capai 8m. Itu sasaran saya sejak mula masuk lompat jauh dan nak rasa sendiri tahap atlet dunia. Insya-Allah saya akan terus berlatih ke arah itu,” katanya.

Menurutnya, biarpun sudah berusia 28 tahun, dia masih percaya kemampuan fizikalnya mampu bertahan satu atau dua tahun lagi, bergantung kepada tahap kecergasan dan persediaan menghadapi temasya besar akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI