fbpx
ZAFRUL (kanan) menyerahkan 'mock cheque' sumbangan BAM kepada Tang Jie-Ee Wei pada Majlis Penyerahan Insentif di ABM, Bukit Kiara hari ini. - FARIZ RUSADIO

Habuan hampir setengah juta buat juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus mendapat ‘durian runtuh’ selepas meraih ganjaran RM460,000 atas kejayaan menjadi juara dunia di Paris, Perancis Ogos lalu.

Gandingan No.4 dunia itu diraikan dalam satu majlis di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara dengan RM300,000 disumbangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), RM100,000 (Yonex) dan RM60,000 (Affin Bank).

Ee Wei mengakui gembira dan bangga dengan ganjaran yang diberikan selain mengakui ia sebagai tanda penghargaan dan sokongan, terutamanya daripada Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta penaja.

“Pertama sekali, satu penghormatan untuk kami menerima sokongan daripada Tengku (Zafrul), BAM serta barisan penaja. Kami bersyukur kerana mereka sentiasa berada di belakang memberikan sokongan.

“Kejayaan kami bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi merangkumi BAM, penaja, jurulatih serta staf sokongan juga,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif di ABM hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih beregu campuran, Nova Widianto turut meraih ganjaran RM15,000 selain staf sokongan beregu campuran seramai enam orang menikmati RM18,000.

Selain Tang Jie-Ee Wei, beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah turut meraih ganjaran keseluruhan RM192,500 meliputi RM112,500 (BAM), RM50,000 (Yonex) dan RM30,000 (Affin Bank) atas kejayaan muncul naib juara dunia.

Dalam pada itu, Zafrul menyifatkan pemberian insentif hari ini adalah bagi memberikan penghargaan kepada barisan pemain atas kerja keras serta dedikasi yang ditunjukkan dalam latihan selama ini.

“Insentif hari ini bukan sahaja simbol ganjaran tetapi ia adalah penghargaan serta galakan kepada pemain. Ini juga bukti bahawa BAM komited memberikan sokongan kepada atlet dan jurulatih untuk terus berjaya di pentas global,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI