fbpx
Bung Mokhtar

BN tidak pernah tewas tapi dikhianati – Bung Moktar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan gabungan itu tidak pernah tewas dalam pilihan raya di negeri ini, termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Beliau yang juga Ketua UMNO Sabah berkata, apa yang berlaku pada masa itu ialah pengkhianatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) terhadap BN.

Katanya, BN Sabah tidak pernah kalah di peti undi atau ditolak rakyat, sebaliknya menjadi mangsa pengkhianatan beberapa pemimpinnya yang melompat parti.

“Kejatuhan kerajaan BN pada 2018 bukan berpunca daripada kehendak rakyat di peti undi, tetapi akibat pengkhianatan ADUN yang melompat parti selepas keputusan pilihan raya diumumkan.

“Mereka yang melompat itu menolak untuk berdiri bersama kerajaan pusat BN yang pada ketika itu menjadi pembangkang.

“Tindakan itu bukan saja menggugat kestabilan politik Sabah, malah mengkhianati mandat rakyat yang telah memilih BN sebagai parti majoriti melalui proses demokrasi yang sah,” katanya dalam satu kenyataan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI