PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau persiapan terakhir pembentangan Belanjawan Madani Keempat di Kementerian Kewangan.
Dalam lawatan itu, Anwar turut beramah mesra dengan warga kementerian serta menandatangani beberapa dokumen penting berkaitan Belanjawan 2026 yang dijadual dibentangkan esok di Dewan Rakyat.
“Insya-Allah, usaha memperkukuh ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan di media sosial petang ini.
Pembentangan Belanjawan 2026 esok dijangka memberi tumpuan kepada agenda pengukuhan ekonomi rakyat, reformasi fiskal serta langkah memperkukuh daya saing negara. – KOSMO! ONLINE