fbpx
Fahmi mendengar penjelasan mengenai prosedur penerimaan dan penghantaran surat di Pusat Mel Kebangsaan, Shah Alam, hari ini. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS / KOSMO!

Akta Perkhidmatan Pos 2012 bakal dipinda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kementerian Komunikasi akan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 bagi memastikan ia seiring dengan perkembangan pesat industri penghantaran dan e-dagang masa kini.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ini berikutan landskap perkhidmatan penghantaran telah berubah drastik yang memberi kesan besar kepada ekosistem industri tersebut.

“Semasa akta itu digubal pada 2012, belum ada pemegang lesen perkhidmatan penghantaran dalam jumlah besar seperti sekarang termasuk lambakan platform e-dagang.

“Justeru, pindaan perlu dibuat untuk memastikan ekosistem penghantaran lebih lestari, kebajikan pekerja terjamin dan cabaran perundangan dapat diuruskan dengan lebih baik,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Redly Pos Malaysia International sempena sambutan Hari Pos Sedunia 2025 di Pusat Mel Nasional, di sini hari ini.

Menurut Fahmi, kementeriannya sudah menerima draf laporan awal daripada konsultan yang membuat kajian mendalam melibatkan pihak industri. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN