fbpx
Ahsun (kiri) dan isteri, Mahsuri sayu melihat kerosakan rumah mereka akibat ribut di Bandar Seri Bandi, Kemaman hari ini.

150 rumah Kemaman rosak dilanda ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Kira-kira 150 buah rumah di daerah ini terutama Chukai, Air Putih, Kijal dan Kemasik di sini mengalami kerosakan akibat kejadian ribut dan hujan lebat semalam.

Kejadian ribut yang bermula pada pukul 3.30 petang itu menyebabkan kebanyakan rumah penduduk terbabit mengalami kerosakan terutama pada bahagian bumbung.

Salah seorang penduduk terjejas, Ahsun Mohamad Shari, 74, berkata, separuh bumbung rumahnya diterbangkan angin ekoran ribut terbabit.

Katanya, selain itu, banyak barangan seperti perabot dan tilam di empat buah bilik rumahnya juga rosak ditimpa kayu berterbangan menyebabkan kerugian hampir RM30,000.

“Saya dan isteri, Mahsuri Senik,63, berlindung di bahagian dapur. Bunyi angin kencang dan hujan lebat yang sangat kuat menakutkan kami.

“Kami hanya naik ke rumah ibu sebaik ribut reda dan terkejut melihat kerosakan yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bandar Seri Bandi di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI