fbpx
Ubaidullah antara pemain muda yang dipanggil dalam skuad Harimau Malaya kali ini.

Ubaidullah impi jadi benteng kebal Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERTAHANAN Harimau Malaya, Ubaidullah Shamsul bertekad memanfaatkan sepenuhnya peluang selepas sekali lagi dipanggil menyertai skuad negara menjelang dua aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos. 

Ini kali ketiga pemain berusia 22 tahun tersebut dipanggil ke skuad Harimau Malaya dengan diberikan peluang bermain penuh ketika menentang Cape Verde, Mei lalu. 

Beliau berkata, setiap panggilan ke skuad kebangsaan bukan sahaja satu penghormatan, malah menjadi peluang besar untuk dirinya menimba pengalaman bersama barisan pemain terbaik negara.

“Harapan saya sudah tentu mahu mendapat tempat dalam kesebelasan utama namun paling penting dapat belajar dan bersaing dengan pemain-pemain hebat di posisi pertahanan,” katanya ketika dihubungi sebelum ini.

Ubaidullah mengakui persaingan kali ini cukup sengit memandangkan lebih ramai pemain pertahanan berpengalaman telah dipanggil ke kem latihan, namun yakin akan mampu mendapat kepercayaan Cklamovski sekiranya bekerja keras.

“Saya dan Daniel Ting antara pemain di posisi pertahanan kiri namun sebahagian pemain lain juga boleh beraksi di posisi sama.Apapun, saya percaya aspek taktikal akan memainkan peranan penting dalam penilaian dan pemilihan ketua jurulatih (Cklamovski),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN