fbpx
Jordi Alba (kanan) dianggap antara bek kiri terbaik dunia sejak sedekad yang lalu.

Jordi Alba buat keputusan ‘gantung but’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MIAMI – Pertahanan berpengalaman Sepanyol, Jordi Alba membuat keputusan mengejut untuk ‘gantung but’ selepas berakhir tugasan bersama Inter Miami dalam saingan Liga Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS), Disember nanti.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan awal pagi semalam, Alba yang beraksi di bek kiri mengakui sudah tiba masanya untuk bersara selepas hampir 18 tahun bergelar pemain bola sepak profesional.

“Bola sepak sudah memberikan saya segalanya di dunia ini dan sekarang adalah masa untuk saya ucapkan penghargaan kepada semua yang pernah menaikkan karier saya bermula barisan kejurulatihan, rakan sepasukan dan semua kelab yang saya wakili.

“Bermula dengan Atletico Centro Hospitalense, Cornella, Nastic de Tarragona, Valencia dan kemudian Barcelona menjadi kelab yang paling saya cintai sebelum mengakhiri karier bersama Inter Miami,” katanya.

Alba yang telah menjulang hampir semua trofi berprestij ketika mewakili Barcelona turut dianggap antara pemain utama skuad kebangsaan Sepanyol dengan membantu pasukan menjulang trofi Euro 2012 dan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) edisi 2023. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI