TIADA siapa sangka, kucing peliharaannya yang selama ini hanya manja bergolek di ruang tamu rumah akhirnya berjaya melangkah ke sebuah pentas gemilang. Bagi Nor Anis Halyatie, penyertaan dalam pertandingan Cat Fashion Week anjuran sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini hanyalah sekadar suka-suka, tanpa sebarang harapan besar. Namun, segalanya berubah apabila si bulus kesayangannya yang diberi nama Evian diumumkan sebagai juara, sekali gus menewaskan puluhan kucing lain dari seluruh Malaysia. Evian yang bergaya bak seorang bangsawan dengan mengenakan jubah baldu berwarna……