fbpx
Terowong Bendan kerap berlaku peristiwa menyeramkan. - Sulistiono

Tiba-tiba dia mengilai, ‘rider’ cabut lari lepas tegur wanita berbaju merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah terowong di bandar Semarang, wilayah Jawa Tengah dikenali ramai penduduk tempatan sebagai lokasi ‘keras’ yang kerap berlaku kisah-kisah menyeramkan, lapor laman berita Radar Semarang.

Terowong Bendan itu digunakan pengguna jalan raya sebagai jalan pintas dari Jalan Talangsari ke Sampangan.

Namun, ramai yang melalui terowong itu menceritakan pengalaman seram mereka termasuk seorang penunggang teksi motosikal (ojek).

Menurut lelaki dikenali sebagai Arif Hendaro, sejurus dia selesai menghantar penumpang sekitar pukul 11.45 malam (waktu tempatan), dia melalui terowong Bendan dalam cuaca hujan gerimis.

Namun, secara tiba-tiba dia melihat susuk wanita berbaju merah sedang berdiri menghadap semak-samun di sebelah terowong.

Meskipun berasa aneh, Arif memberhentikan motosikalnya dan bertanya kepada wanita itu.

“Wanita itu terus ketawa mengilai, sama seperti bunyi yang sering didengari dalam filem,” katanya sambil menambah, dia lantas melarikan diri.

Bukan itu sahaja, Arif berkata, bau wangi daripada wanita misteri itu mengekorinya hingga ke rumah.

“Apabila saya berada di dalam bilik, bau itu amat kuat. Namun, bau itu hilang apabila saya keluar dari bilik,” katanya sambil menambah, wanita itu dipercayai puntianak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI