fbpx
SEORANG lelaki warga Singapura dikesan mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Jalan Storey, Johor Bahru semalam. Foto MEDIA SOSIAL

Semakin menjadi-jadi, lagi kes warga Singapura curi RON95

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dikesan mengisi minyak petrol bersubsidi RON95 ke dalam kereta Toyota Yaris Cross dipandunya.

Menerusi satu gambar yang tular di laman sosial menunjukkan lelaki dewasa dengan muka tidak bersalah mengisi minyak RON95 dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Storey di sini, kira-kira pukul 4.37 petang, semalam.

Rata-rata pengguna laman sosial rakyat Malaysia dan Singapura mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dilihat seolah-olah memperlekehkan undang-undang negara ini yang menetapkan warga asing yang menggunakan kenderaan asing perlu mengisi RON97.

Seorang pengguna Jack Boh berkata, penguatkuasa di pintu sempadan harus melakukan tindakan menghalang kenderaan tersebut daripada memasuki negara ini.

“Nombor plat dah ada, dekat ‘checkpoint’ dah boleh ban kereta ini daripada masuk Malaysia,”tulisnya.

Seorang lagi pengguna Lee Zi Kang berkata, warga Singapura yang dikesan mengisi RON95 tidak pernah dikenakan penalti atau denda terhadap kesalahan itu.

“Atas sebab itulah mereka tetap isi dan tak takut dengan undang-undang sini,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Awang Chik berkata, kalau rakyat Malaysia nak isi RON95, juruwang di kaunter akan bertanya sama ada pelanggan mahu isi minyak guna inisiatif Budi Madani RON95 (Budi95) atau sebaliknya.

“Dekat situ sepatutnya petugas di stesen minyak dah boleh kesan pelanggan itu rakyat Malaysia atau rakyat negara sebarang.

“Satu lagi, petugas stesen minyak juga seperti buat tak kisah, sebab itu mereka selamba isi minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk rakyat Malaysia,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pasukan siasatan KPDN sedang melakukan siasatan berhubung kejadian tular berkenaan.

“Sekiranya didapati siasatan menjurus kepada sebarang pelanggaran arahan Pengawal Bekalan berkenaan larangan menjual RON95 kepada kenderaan pendaftaran asing, tindakan lanjut akan diambil.

“Pengusaha stesen minyak boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturab Kawalan Bekalan 1974,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI