fbpx
Orang ramai termasuk keluarga dan kenalan yang hadir bagi menyambut ketibaan sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla di KLIA malam ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

Pesawat bawa 23 aktivis Malaysia selamat mendarat di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEPANG – Pesawat Emirates Airbus 380 yang membawa 23 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) selamat mendarat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini tadi.

Menerusi tinjauan Kosmo! di aplikasi Flightradar24 tadi, pesawat EK342 itu selamat mendarat pada jam 10.07 malam.

Selepas tiba, mereka akan dibawa untuk pemeriksaan imigresen sebelum melalui Balai Ketibaan Domestik bagi bertemu ahli keluarga dan orang ramai yang hadir.

Untuk rekod, kira-kira 500 orang awam mula berkumpul di KLIA bagi meraikan kepulangan 23 aktivis Malaysia yang ditahan Israel dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Terdahulu, semua 23 sukarelawan Malaysia itu ditahan pihak berkuasa Israel, Khamis lalu sebelum dibawa ke penjara Ketziot, yang terletak di padang pasir Negev.

Mereka berada di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa Israel.

Antara yang ditahan ialah penyanyi Nur Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah Helmi, Norfarahin Romli (Farah Lee), Nur Fazelah Mad Tahil (Zizi Kirana), Rahmat Ikhsan Mohd. Sofyan (PU Rahmat) dan Nurul Hidayah Mohd. Amin (Ardell Aryana).

Kerajaan juga akan mengajurkan satu majlis khas pada esok di Axiata Arena Bukit Jalil bagi meraikan sumbangan aktivis berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI