KUANTAN – Kebimbangan dan kesedihan saat melihat ayah dan kakaknya bertarung nyawa melawan kanser memberi semangat luar biasa kepada seorang wanita untuk bangkit membela kehidupan orang lain yang senasib dengan keluarganya. Atas faktor itu, Zaridah Hashim telah mengasaskan Pertubuhan Sokongan Pesakit Kanser Pahang (CSP), iaitu satu badan yang menjadi tempat bergantung buat lebih 200 pesakit kanser di seluruh negeri. Menurut Zaridah, pengalamannya menjaga ayah dan kakak yang masing-masing menghidap kanser tulang dan payu dara sebelum ini telah memberi kesedaran kepada……