fbpx
Kilang pembiakan nyamuk di Brazil seluas 1,300 meter persegi. - World Mosquito Program

Brazil buka kilang nyamuk terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILIA – Brazil membuka kilang nyamuk terbesar dunia yang mampu membiakkan 190 juta serangga itu dalam masa seminggu, sebagai sebahagian usaha kerajaan memerangi wabak demam denggi, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Terletak di Campinas, negeri Sao Paolo, kemudahan seluas 1,300 meter persegi itu menggaji pekerja yang memastikan hampir 200 juta nyamuk dewasa dilepaskan untuk membiak.

Dalam proses tersebut, nyamuk Aedes aegypti yang dibiakkan di kilang itu dibiarkan dijangkiti bakteria Wolbachia.

Ia menghalang virus denggi daripada berkembang dalam badan nyamuk dan disebarkan kepada kepada manusia.

Apabila nyamuk membiak, bakteria akan dipindahkan pula pada anak nyamuk.

Kaedah Wolbachia berjaya digunakan di beberapa negara lain tetapi Brazil berharap dapat menggunakannya pada skala terbesar. 

Brazil  mengalami wabak denggi terburuk dalam sejarah pada 2024,  menyumbang lebih 80 peratus daripada semua jangkitan yang dilaporkan di seluruh dunia. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI