fbpx
SEBUAH rumah permainan kanak-kanak melayang disebabkan Ribut Amy. - Foto OceanFMIreland

Amy terbangkan rumah permainan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUBLIN – Ribut Amy menerbangkan sebuah rumah permainan kanak-kanak dengan tiupan angin kencang 160 kilometer sejam ketika beribu-ribu kediaman terputus bekalan elektrik di Ireland, lapor akhbar The Sun UK.

Insiden mengejutkan itu berlaku di luar sebuah rumah yang dibadai angin kuat, baru-baru ini. 

Kanak-kanak yang menyaksikan dari dalam rumah menjerit ketakutan apabila rumah permainan itu melayang di udara.

Rumah permainan itu berkecai selepas papan tercabut dan strukturnya terbelah dua.

Kira-kira 17,000 kediaman terputus bekalan elektrik, manakala gangguan pada perkhidmatan pengangkutan awam menyebabkan perjalanan terjejas.

Sementara itu, polis Ireland mengesahkan seorang lelaki maut dalam insiden berkaitan cuaca di kawasan Letterkenny, Mukim Donegal, petang Jumaat lalu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI