PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir serta angin kencang di sembilan negeri hingga pukul 9 malam ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Kedah di Baling, manakala Perak di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
Selain itu, Gua Musang di Kelantan, Terengganu di Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman serta seluruh Pahang turut terlibat.
“Amaran turut dikeluarkan untuk Selangor di Hulu Langat manakala di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” katanya.
Tambahnya, kawasan terlibat termasuk Johor (Segamat) dan Sarawak di Kuching, Sri Aman, Sibu (Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau) dan Miri (Marudi). – KOSMO! ONLINE