fbpx
KRISTOFF diberikan kawalan kehormatan sempena persaraannya dari dunia perlumbaan basikal.

LTdL: Kristoff terima penghormatan legenda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERINGKAT terakhir saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 dari Tangkak ke Kuala Lumpur semalam bukanlah sekadar perlumbaan biasa kerana ia turut menyaksikan terciptanya satu detik bersejarah.

Sebelum barisan pelumba dilepaskan di garisan permulaan, legenda sukan berbasikal lebuh raya, Alexander Kristoff diberikan kawalan kehormatan sebagai simbolik atas persaraan dari pentas profesional.

Kristoff yang tidak memulakan perlumbaan semalam kerana sudah tersingkir daripada saingan akibat kemalangan menyuarakan rasa bangga dan gembira apabila menerima penghormatan cukup besar daripada LTdL.

“Itu (penghormatan) sangat hebat. Saya harap masih boleh berlumba, tetapi saya mengalami kemalangan yang teruk semalam (kelmarin), jadi saya di sini hanya hadir untuk majlis penghormatan.

“Bagi saya, satu penghormatan untuk berada dalam peloton profesional selama bertahun-tahun. Saya gembira dengan apa yang sudah dicapai, tetapi sekarang tiba masa untuk generasi muda mengambil alih,” katanya ketika ditemui sebelum perlumbaan bermula.

Pada majlis tersebut, pelumba berusia 38 tahun itu dibawa menaiki beca dikendalikan legenda berbasikal negara, Anuar Manan dan melalui kawalan kehormatan yang dilakukan barisan pelumba di Dataran Tangkak.

Meskipun selepas ini tidak akan lagi berkecimpung dalam perlumbaan profesional, namun Kristoff menyuarakan hasrat mahu menabur bakti di negara sendiri dengan menguruskan perlumbaan Tour of Norway.

Sebagai rekod, sepanjang bergelar pelumba profesional, dia sudah beraksi bersama empat pasukan WorldTour seperti BMC Racing Team (2010-2011), Team Katusha (2012-2017), UAE Team Emirates (2018-2021) dan Intermache-Wanty (2022).

Kristoff juga pernah memenangi empat peringkat perlumbaan Tour de France (TdF), pingat perak Kejohanan Dunia 2017 serta pingat gangsa temasya Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di London.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI