fbpx
Mohamad (kiri) dan Wan Fayshal.

‘Jangan jadi Hamas lebih daripada Hamas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad dinasihatkan agar ‘tidak melebihi Hamas daripada Hamas’ ketika menyuarakan kritikan mengenai jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia.

Teguran tersebut dibuat oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin ketika dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata Hamas menyambut baik Pelan 20 iaitu cadangan Pelan Damai Gaza yang diberikan Trump.

“Jadi kenapa kita tak mahu sokong pendirian ini? Kenapa kita jadi lebih Hamas daripada Hamas ni? Kenapa? Kita bantu, kita sokong, kita ingin mencapai kedamaian di Palestin.

“Jadi kalau Donald Trump ada ‘blue print’, kita ikuti. Secara objektifnya sebagai ASEAN, jangan kita terlalu memikirkan soal sebegini,” katanya.

Mohamad juga berkata AS juga sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan Malaysia selain memberikan pelaburan terbesar kepada negara ini serta rantau ASEAN.

Beliau berkata, jemputan Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dibuat atas kapasiti sebagai pemimpin Rakan Dialog ASEAN, bersempena Sidang Kemuncak
ASEAN.

“Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia berkewajipan menjemput semua Rakan Dialog tanpa terkecuali, selaras dengan prinsip neutraliti
dan sentraliti ASEAN.

“Kita kena lihat daripada aspek masa depan ekonomi juga. Insha Allah, dengan pendirian tegas, kita cukup optimis dan yakin bahawa, Trump bersama-sama Qatar, dengan Mesir, setiapnya mencari jalan untuk mencari kedamaian di Palestin,” katanya.

Sementara itu, Malaysia menyambut baik usaha Presiden AS melalui pengumuman Pelan 20 pada 29 September lalu.

Menurut beliau, pelan ini dilihat sebagai satu langkah penting untuk menamatkan perang oleh Israel ke atas Gaza, mengakhiri genosid, kebuluran dan kemusnahan, serta diharap dapat membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

“Malaysia turut bersedia bekerjasama dengan AS dan masyarakat antarabangsa bagi mencapai keamanan berkekalan, pengintegrasian Gaza dengan Tebing Barat, serta penubuhan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

“Walau bagaimanapun, Malaysia berpandangan bahawa meskipun
pelan ini boleh dianggap sebagai suatu langkah awal yang konkrit ke arah
penyelesaian, ia masih menimbulkan kebimbangan kerana dilihat memberi kelebihan yang tidak seimbang kepada Israel,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI