fbpx
Barisan pemain Selangor meraikan kejayaan menjuarai Piala Agong, sebentar tadi.

Selangor pertahan trofi Piala Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor mempertahankan Piala Agong buat kali ketiga berturut-turut selepas menang menerusi penentuan penalti 4-3 ke atas Kuala Lumpur dalam aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad tuan rumah mudah mendahului pada minit ke-25 hasil penyudah Ibrahim Nyass Ilmu.

Bersambung pada babak kedua, skuad Gergasi Merah memperkemaskan aksi dengan kerap melancarkan serangan ke kubu Kuala Lumpur.

Tekanan diberikan pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila Selangor dihadiahkan sepakan penalti di minit 85.

Irfan Raziq Rasol yang diberi tanggungjawab mengambil sepakan itu tenang menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Muhammad Firdaus Mohd Kamal untuk menyamakan kedudukan.

Perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan dengan nasib Selangor bertambah malang apabila bermain dengan 10 pemain selepas Irfan dilayangkan kad merah di minit-99.

Pemenang akhirnya terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan Selangor berjaya memenanginya dengan keputusan 4-3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI