fbpx
DELBOVE memastikan gelaran keseluruhan LTdL 2025 menjadi miliknya selepas mempertahankan jersi hijau yang dimenangi sejak peringkat kelima dari Temerloh ke Bukit Fraser. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

LTdL 2025: Delbove sambar gelaran keseluruhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 akhirnya melabuhkan tirainya hari ini dengan menyaksikan pelumba dari pasukan Team TotalEnergies, Joris Delbove memenangi jersi hijau selaku Juara Keseluruhan (GC).

Meskipun menamatkan perlumbaan peringkat kelapan dari Tangkak ke Kuala Lumpur di luar kelompok 10 teratas, namun dia masih mampu menyambar gelaran tersebut apabila mengumpul masa keseluruhan terendah 27 jam 17 minit 38 saat (s).

Paling menakjubkan, kemenangannya itu hanya dibezakan tiga saat dengan pemenang tempat kedua, Anders Halland Johannessen dari pasukan Uno-X Mobility, sekali gus menjadi perbezaan masa paling rendah dalam sejarah.

Perlumbaan peringkat kelapan yang tamat di hadapan Menara Berkembar Petronas itu dimenangi Aaron Gate dari pasukan XDS Astana selepas dia menamatkan saingan menerusi catatan masa 3 jam 50 minit 05 saat (s).

Jersi oren selaku Raja Pecut pula menjadi milik pelumba Uno-X Mobility, Erlend Blikra selepas dia mengumpul 63 mata, 12 mata dibezakan dengan pencabar terdekat dari pasukan Tudor Pro Cycling, Arvid de Kleijn.

Pelumba pasukan Team Picnic PostNL, Patrick Eddy pula memastikan gelaran Raja Bukit menjadi miliknya selepas menyambar jersi polka dot, mengenepikan cabaran Jambaljamst Sainbayar dari pasukan Burgos Burpellet BH walaupun berkongsi 15 mata.

Gelaran pelumba terbaik Asia pula dimenangi pelumba Kazakhstan, Nicolya Vinokurov dari pasukan XDS Astana selepas memastikan jersi putih menjadi miliknya dengan menghuni kedudukan keempat keseluruhan.

Sementara itu, pelumba negara, Tsen Ren Bao yang mewakili pasukan dari Australia, St. George Continental Cycling diangkat sebagai pelumba terbaik Malaysia selepas berjaya menempatkan diri di tangga ke-34 keseluruhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI