fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat, ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan enam negeri sehingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, seluruh negeri Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah dilanda cuaca buruk.

“Di Terengganu, kawasan yang diramal hujan lebat adalah Hulu Terengganu dan Dungun, manakala di Pahang, Bentong, Temerloh dan Bera.

“Selain itu, Jelebu dan Jempol di Negeri Sembilan dan Batu Pahat, Kluang, Pontian dan Kulai, Johor turut diramal cuaca yang sama,” ujarnya.

Bagi negeri Sarawak, hujan diramal di Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah adalah Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI