RESTORAN Banglo 289 yang terkenal dengan konsep masakan kampung dan tradisional terus mengembangkan sayapnya apabila membuka cawangan ketiga di IOI City Mall, Putrajaya. Restoran itu terkenal dengan menu berasaskan lauk kampung yang menjadi kegemaran pelanggan seperti daging salai masak lemak, siput sedut masak lemak, patin masak tempoyak, asam pedas dan ikan pekasam. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Infra Alfa Sdn. Bhd., Shareen Farzida Sukri, setiap lauk dimasak dalam kuantiti sederhana yang cukup untuk 20 orang, sebelum dimasak baharu sekiranya habis. “Kami……