BUKAN menyanyi dalam bilik air, tetapi kali ini pelakon Mimi Lana membuatkan ramai teruja apabila bakal muncul dalam sebuah filem ‘disandingkan’ dengan aktor popular Indonesia, Adipati Dolken.
Filem berjudul Mojoku Hilang tersebut mengetengahkan kisah romantik komedi dan difahamkan menjalani penggambaran di Perlis beberapa bulan lalu.
Penularan beberapa foto dan video mengenai filem tersebut membikin netizen, terutama peminat Adipati tidak senang duduk, teruja untuk melihat aksinya bersama pelakon tanah air.
“Kalau ada Adipati dan Mimi, mesti bagus cerita ini.
“Kenapa tak tahu Mimi ada berlakon dengan Adipati! Okey filem wajib tonton,” komen netizen.
Selain Mimi dan Adipati, naskhah tersebut turut dibintangi Wan Hanafi Su, Namron, Datuk Ahmad Tamimi dan Gambit Saifullah.