TAHUN ini memang milik Ammar Ahyan!
Selepas tular dengan pelbagai gelagat lucu, anak muda itu sekali lagi menjadi bualan netizen selepas muncul sebagai tetamu podcast Kita Kita Aje! bersama Datuk Aznil Nawawi baru-baru ini.
Menerusi temu bual selama satu jam itu, Ammar berkongsi pelbagai perkara yang membuatkan penonton terhibur.
Salah satu yang mencuri perhatian ramai ialah Ammar berkongsi dia pernah menyimpan perasaan terhadap seorang wanita secara diam-diam.
“Saya pernah simpan rasa cinta itu terhadap seorang perempuan dan dia tidak tahu.
“Tetapi selepas saya pulang dari London dengan nenek, tiada lagi perasaan itu.
“Sebab saya terlalu seronok menghabiskan masa dengan keluarga. Ayah pun suruh pilih wanita sekufu,” katanya.
Paling lucu, dia turut memanggil Aznil dengan gelaran ‘Encik Pak Nil’.