fbpx
Sebuah rumah di Jalan Kuala Sepetang masih lagi digenangi air banjir sehingga hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS

Mangsa banjir berkurang kepada 170 mangsa di Matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Seramai 170 mangsa daripada 52 keluarga dari enam penempatan di sekitar Matang, Taiping, telah dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Pegawai Daerah Larut, Matang dan Selama, Mohd Nasrul Menhat, berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Matang dibuka pada pukul 9 malam semalam bagi menempatkan enam keluarga melibatkan 25 mangsa dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang.

Beliau menjelaskan, langkah pembukaan PPS itu dilaksanakan segera bagi memastikan keselamatan penduduk selepas limpahan air menjejaskan kawasan kediaman mereka.

Setakat pukul 4 petang tadi, empat PPS di daerah Larut, Matang dan Selama masih beroperasi iaitu di Dewan Serbaguna Taman Kaya, Sekolah Kebangsaan Simpang, Sekolah Kebangsaan Matang dan Sekolah Kebangsaan Matang Gelugor.

Antara kawasan yang terjejas ialah Taman Pengkalan Makmur, Taman Mawar, Kampung Jelapang Jaya, Taman Kota Jaya, Kampung Matang Pasir, dan Kampung Matang Gelugor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN