fbpx
MIR berada pada momentum terbaik selepas menamatkan kemarau podium empat tahun dengan meraih tempat ketiga di Jepun minggu lalu. - AFP

Mandalika bakal uji kemampuan Honda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANDALIKA – Pelumba Sepanyol, Joar Mir mahu meneruskan aksi terbaiknya selepas menamatkan kemarau podium hampir empat tahun di Grand Prix (GP) Jepun minggu lalu.

Mir menegaskan perlumbaan di Litar Antarabangsa Mandalika pada GP Indonesia minggu ini lebih penting untuk menguji kekuatan sebenar Honda di keadaan litar berbeza.

“Kejayaan di Motegi (GP Jepun) adalah saat istimewa kerana sedikit demi sedikit kami mula mencapai sasaran. Di Motegi, kami buktikan semua elemen mampu hasilkan aksi yang baik.

“Litar Mandalika pula berbeza sepenuhnya, jadi penting untuk lihat sama ada kami mampu kekal kompetitif.

“Perlumbaan kali ini jadi ukuran sebenar sama ada momentum dari Motegi boleh diteruskan atau tidak,” kata juara dunia 2020 itu yang merekodkan keputusan terbaik dengan menaiki podium tempat ketiga di Jepun.

Selepas bergelut musim lalu dengan hanya dua penamat dalam kelompok 10 terbaik, Honda kini kembali bersaing dengan tiga podium setakat ini, termasuk kemenangan Johann Zarco di Le Mans.

Menurut Mir, perubahan pada aerodinamik, casis dan enjin menjadikan jentera Honda lebih mudah ditunggang serta konsisten terutama di selekoh.

“Sekarang kami lebih faham arah yang perlu dituju untuk jadikan pakej ini berkesan,” katanya.

Setakat ini, Zarco menduduki tangga ke-10 keseluruhan, manakala Luca Marini di tempat ke-12 dan Mir berada di kedudukan ke-15. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI