fbpx
Mohd. Hanafiah (dua dari kiri) melawat gerai jualan sempena Program Santunan Desa Kemas Negeri Kelantan dan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku di Dewan Kompleks Perdana MDGM di Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Belanjawan 2026: 10,000 kakitangan kontrak Kemas harap penambahbaikan skim perjawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Lebih 10,000 kakitangan berstatus kontrak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara berharap ada penambahbaikan skim perjawatan mereka dalam Belanjawan 2026.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Mohd. Hanafiah Man berkata, Kemas sebelum ini telah melakukan beberapa usaha untuk membantu penjawat termasuk guru yang berada di dalam perkhidmatan antara 15 tahun hingga 40 tahun untuk mendapat manfaat daripada skim jawatan tetap bercarum.

“Usaha itu sudah berjalan lama dan kita telah mengadakan perbincangan untuk mengusahakan penambahbaikan skim perjawatan kakitangan.

“Kerajaan mempunyai perancangan untuk memperkenalkan skim jawatan tetap bercarum. Bagi saya, warga Kemas tiada masalah asalkan mereka menjadi sebagai penjawat tetap,” katanya selepas Program Santunan Desa Kemas Negeri Kelantan dan Wacana Ilmu Wanita Inspirasiku di Dewan Kompleks Perdana Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di sini hari ini.

Mohd. Hanafiah memberitahu, kebanyakan kakitangan Kemas masih berstatus kontrak dan perkara itu dimasukkan ke dalam pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini.

“Bagaimanapun, terserah kepada kerajaan untuk melihat kesesuaian terhadap waktu pengumuman dan kaedah pelaksanaannya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI