PETALING JAYA – Peserta kapal Freedom Flotilla Coalition (FFC) and Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Dr. Fauziah Mohd Hasan mendedahkan bahawa mereka baru sahaja menjalani latihan kecemasan sebagai persediaan sekiranya tentera Israel menaiki kapal tersebut.
Menurutnya dalam perkongsian di TikTok, latihan itu dilakukan bagi memastikan semua peserta mengetahui tindakan yang perlu diambil dengan cepat dan tepat.
“Drill ini akan dilakukan beberapa kali supaya semua tahu di mana tempat duduknya, apa yang perlu dipakai, apa yang perlu dibawa serta bagaimana mengawal pergerakan tangan supaya tidak disalah tafsir oleh pasukan tentera Israel,” katanya.
Beliau berkata, latihan itu juga memastikan semua peserta tidak membawa atau menggunakan sebarang senjata termasuk pisau ketika menghadapi sebarang situasi serangan.
Katanya, langkah keselamatan itu penting bagi mengelakkan sebarang salah faham serta memastikan misi flotila dapat diteruskan dengan selamat.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan perjalanan kapal Conscience hari ketiga yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza kini berdepan cuaca buruk ketika melalui perairan berhampiran Crete, Greece. – KOSMO! ONLINE
@drfauziah.hasanDrill practice