SAYA ada membaca berkenaan isu penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga ada pihak yang menggunakan wajah individu sebenar untuk diubah suai menjadi bahan pornografi melalui teknologi deepfake. Mohon pencerahan berkenaan isu ini. JAWAPAN: DEEPFAKE AI merujuk kepada penggunaan teknologi AI bagi menghasilkan atau memanipulasi wajah, suara dan tubuh manusia sebenar secara tiruan. Proses ini menggunakan data imej atau rakaman video seseorang yang kemudiannya digabungkan dengan kandungan lain sehingga menampakkan seolah-olah individu tersebut benar-benar melakukannya. Teknologi ini sering digunakan tanpa pengetahuan……