JAKARTA – Seorang pengantin perempuan di Indonesia bertuah apabila menerima pelbagai barang berharga termasuk sebuah kereta dan motosikal jenama Honda sebagai hantaran, lapor laman berita Detik.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di Pati, wilayah Jawa Tengah.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mamainoshaka menunjukkan kereta jenis Honda Brio RS berwarna hijau terletak di sebelah pelamin.
Beberapa kru kemudian membawa sebuah motosikal jenis Honda PCX lalu diletakkan di sebelah kereta tersebut.
Kedua-dua kenderaan tersebut diberikan oleh pengantin lelaki kepada isterinya sebagai hantaran.
Rakaman itu mencatatkan lebih 118,700 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Tidak salah kalau ada duit, yang salah kalau tiada duit tetapi masih beli untuk tayang,” kata seorang netizen.
“Pilih lelaki berdasarkan pekerjaannya, bukan hantaran,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI