fbpx
Keanu 'mengorbankan' impiannya bergelar seorang penyampai radio disebabkan solidariti bersama rakyat Palestin.

‘Lagu dimainkan sokong Zionis, sebab saya tinggalkan dunia radio’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bekas penyampai radio, Keanu Azman mendedahkan antara sebab dia meninggalkan perkhidmatan di sebuah stesen radio berbahasa Inggeris tanah air atas alasan enggan memainkan lagu-lagu penyanyi yang menyokong Zionis.

Keanu atau nama sebenarnya Mohamad Keanudin Mohamad Azman, 28, mendedahkan perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik dalam akaun Threads.

“Saya takkan tipu. Salah satu sebab saya tinggalkan radio berkenaan adalah kerana kebanyakan penyanyi yang lagunya dimainkan dan dipromosikan ialah penyokong Zionis.

“Saya tidak mahu menjadi hipokrit. Memboikot jenama dan makanan segera, tetapi masih ‘menjual’ muzik penyokong Zionis,” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia kini gembira melihat semakin ramai artis Barat yang mula menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji tindakan pengacara itu meninggalkan kerjaya yang dicintainya demi bersolidariti bersama Palestin.

“Tindakan yang bagus Keanu. Tetapi sedih bila mengetahui saya tidak akan mendengar suara kamu di radio lagi,” komen netizen.

Ditanya adakah dia ada menerima tawaran daripada stesen radio yang lain, kata Keanu, dia tidak lagi berminat untuk bertugas di radio buat masa sekarang.

Untuk rekod, Keanu pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen terbabit selama enam tahun mengendalikan segmen malam, namun membuat keputusan untuk berhenti pada Mei 2024.

Kini Keanu lebih selesa bertugas sebagai pengacara program bual bicara Borak Seeni yang disiarkan di saluran Astro Prima. Dia juga mula melibatkan diri dalam bidang lakonan dan pernah membintangi drama Mandul Bukan Pilihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI