fbpx
[5:03 pm, 02/10/2025] Harith Kosmo: H: 'Satu keluarga tak tidur menanti Sumud Flotilla' Oleh HARRITH HISHAM KUALA LUMPUR - "Kami satu keluarga tak tidur sejak semalam bagi mengikuti perkembangan Global Sumud Flotilla (GSF)". Demikian kata seorang peserta dikenali Din, 50 yang hadir pada Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini. Lelaki yang menetap di Kajang itu berkata, penahanan aktivitis GSF oleh pihak Israel membuatkan dia terpanggil untuk hadir himpunan terbabit. "Dari awal saya memang ikut, tapi semalam satu keluarga berkumpul di ruang tamu melihat perkembangan Sumud Flotilla termasuk anak-anak saya yang masih kecil. "Saya pun terkejut mereka juga tahu lebih banyak mengenai misi ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Sementara itu, seorang peserta iaitu Shida, 32, kehadirannya adalah sebagai tanda solidariti demi penduduk Gaza yang dikenakan sekatan. "Kita juga ingin memberi kecaman kepada tentera Israel untuk membebaskan semua aktivis misi GSF yang telah diculik," jelasnya. Terdahulu, ribuan peserta mula berarak dengan mengibarkan bendera Palestin di Jalan Tun Razak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bermula pukul 4 petang tadi. Himpunan itu ini sebagai tanda protes kepada tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) menahan aktivis Sumud Flotilla. - KOSMO! ONLINE [5:05 pm, 02/10/2025] Harith Kosmo: Ribuan peserta Himpunan Sumud Flotilla membanjiri hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di ibu negara hari ini.

‘Satu keluarga tak tidur menanti Sumud Flotilla’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – “Kami satu keluarga tak tidur sejak semalam bagi mengikuti perkembangan Global Sumud Flotilla (GSF).”

Demikian kata seorang peserta dikenali Din, 50 yang hadir pada Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat hari ini.

Lelaki yang menetap di Kajang itu berkata, penahanan aktivitis GSF oleh pihak Israel membuatkan dia terpanggil untuk hadir himpunan terbabit.

“Dari awal saya memang ikut, tapi semalam satu keluarga berkumpul di ruang tamu melihat perkembangan Sumud Flotilla termasuk anak-anak saya yang masih kecil.

“Saya pun terkejut mereka juga tahu lebih banyak mengenai misi ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, seorang peserta iaitu Shida, 32, kehadirannya adalah sebagai tanda solidariti demi penduduk Gaza yang dikenakan sekatan.

“Kita juga ingin memberi kecaman kepada tentera Israel untuk membebaskan semua aktivis misi GSF yang telah diculik,” jelasnya.

Terdahulu, ribuan peserta mula berarak dengan mengibarkan bendera Palestin di Jalan Tun Razak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat bermula pukul 4 petang tadi.

Himpunan itu ini sebagai tanda protes kepada tindakan Tentera Pertahanan Israel (IDF) menahan aktivis GSF. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI