JAKARTA – Seorang petani di Indonesia terkejut apabila menemui beratus-ratus ekor ketam hidup bersembunyi di dalam batang pokok kelapa yang tumbang selama beberapa bulan, lapor portal berita 18 News semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @foodporn menunjukkan petani terbabit mencarik batang pokokmakhluk yang reput sebelum menemui ‘sarang’ ketam.
Menurut penduduk tempatan, pokok itu tumbang sejak beberapa bulan lalu di atas tanah yang lembap.
“Orang ramai terutamanya nelayan dan petani sering mendengar bunyi gemeresik seolah-olah terdapat makhluk halus di dalam batang itu.
“Kami fikir bunyi itu berasal daripada tikus atau tular. Kami terlalu takut untuk periksa,” kata penduduk.
Masih belum jelas lokasi sebenar kejadian.
Pakar-pakar berpendapat bahawa hidupan laut itu bersembunyi di dalam kayu yang lembap atau reput untuk berlindung. – AGENSI